Assalam... isi perbualan realistik hari ni byk berkisar sejarah pembesaran ahli keluarga terdekat aku.. sejak dr balik aku asyik terfikir je smpi x tahan nk men taip²... jadi topik utama entry ni adalah: -
SEJARAH RUMAH.
Kenapa rumah, sebab aku rasa setiap kita sebagai manusia yg dilahirkan dalam tamadun Islam, Asia dan sebagainya akan dibawa balik kerumah keluarga kita which rumah pertama kita dibawa masuk atau mungkin dibesarkan. Rumah yg dikira menyambut kelahiran kita dan ahli keluarga yg lain, sekiranya kita ni dilahirkan dlm keluarga yg tak banyak rumah itu la rumah yg akan jadi saksi proses pembesaran kita bersama² ahli keluarga yg lain. Rata² pengalaman hidup mesti berbeza berdasarkan mcm mana pembentukan sahsiah dlm ketua isi rumah yg dinyatakan..pendek kata mcm mana sahsiah@perangai dlm rumah tu, mcm gitu la sahsiah individu tu... sebab dlm rumah la bermula segalanya² sebelum kita keluar rumah, kerumah yg seterusnya, kerumah yg seterusnya dan seterusnya sampailah kerumah bawah tanah. Dan dari rumah tu lah akan bermula cerita turun temurun untuk generasi akan dtg yg boleh dijadikan pedoman, antaranya cerita hubungan ayah, mak, adik-beradik, sepupu, kawan sepermainan dll, kendian aci potong jari ayam la klu xde pahit manis dlm semua tu..betul x..? In the end itulah yg akan buat kita gelak bila kita ingat dan kongsi balik pada legasi seterusnya bersama² ahli keluarga yg lain.
NILAI² SENTIMENTAL.
Seterusnya setiap apa yg berlaku dlm proses pembesaran kt dlm rumah ni jugak kita akan dapati nilai²@perkara yg memberi kesan pada diri kita...nilai² yg akan buat kita tersenyum dgn menangis mcm nk gila tp sedar x kita nilai² ni la akan membentuk diri kita untuk kita bawak utk hadap dunia luar tanpa ahli keluarga yg lain yg pernah sama² duduk dgn kita kt dlm rumah asalnya dulu. Sedar tak kita dgn setiap kali perubahan rumah yg kita pergi dr asalnya kita dibawak sampai rumah masa kini, byk dh yg tercicir dlm sepanjang masa kita berjumpa perkara baru dlm hidup kita. Paling sedih, sesetengah nilai² yg baik yg pernah kita dokong dan ikrar utk bawak kemana² pun kita cicirkn disebabkan perkara² baru yg kita jumpa dlm hidup kita yg terbit rasa ego, penting diri, be in competition of life...apa lg..?mcm² lah... kadang² aku nk je tanya dgn family aku..pernah x sesapa yg dlm legasi keluarga ni terpikir, sejak dr mula dorg celik akal smpi masa skang apa bendanya yg dorg dh cicirkn sepanjang masa dorg berpindah rumah dan kenang balik masa dulu..masih ada x perkara² yg sama dorg kongsi kt dlm rumah yg dulu..dorg bawak ke rumah yg sekarang ni...? Dan boleh dijadikan tatapan untuk generasi sedia ada dan akan dtg... (*^﹏^*) ~(*+﹏+*)~
Aku meraban pasal benda ni sebab banyak aku dengar dan aku realize yg sebanyak, sebaik mana kita semua ada kawan² yg boleh membantu xkn sama dengan ahli keluarga sendiri..tp pada aku ada tambahan sebab kawan² yg baik bukan setakat kawan..dorg jugak boleh jadi keluarga kita sebenarnya infact kita yg seagama diangkat sebagai saudara. Dan x semua family adalah indah sepenuhnya there are some people in real life who came from a broken family but still found hope in others who gave support and chances to them and clockwise...sebab aku selalu percaya sedarah daging mana pun, rambut sama kaler mcm mana pun, hati tetap lain²... dan penyakit dr hati adalah yg paling bahaya sekali dlm diri manusia...correct me if i'm wrong..please..and thank you.
* dh jd makin kerap buat perbandingan suasana rumah dulu dengan rumah sekarang..sangat x sama...dan cuba kutip balik kt mana tercicirnya yg hilang tu dan mcm mana boleh tercicir.. sebab yg hilang tu sangat berharga dan blom tentu menjadi lebih baik klu jmpa pun.
* tok tak byk pindah umah..tp yg pasti setiap umah yg tok pegi..berbeza.. setiap satu bagi tok pengajaran...dan tok bersyukur..Terima Kasih ALLAH.
* dh lama x buat nota kaki..emosi bersepah kt dlm bilik ni...jenuh memikir mcm mana nk kutip.
* terima kasih utk membaca, faham dan pikir sama²...