Selasa, 31 Mac 2015

Ada best ada yang x best...

Perkara kewl:
Kau pengguna pengangkutan udara.. insiden stewardess bg nombor telefon pada kau adalah one of best part in life...lagi² bila kau xde intention pun nk impress mana org dlm perjalanan kau tu...lagi³ bila smpi sekali dua awek bg kau no... awek merujuk stewardess td...wooowwww..hahaha halo kawan..itu satu remark pada kau bermaksud kau kategori marketable..effortless nk jual kau..hahaha..so apa nk takut kn..tp igt..itu pun satu ujian kau dkt dunia utk tgk jauh mana iman kau...jadi lah sebaik² manusia..test market berigt sket mcm mana kau berigt utk stone..hahahaha...

Perkara x kewl:
Kau nk bercinta mcm org lain..bersayang bagai...orang ada awek kau nk ada awek...nk mengumpul duit..nk bercuti...nk itu..nak ini...bila dengan bercinta semua jd x kena...kalau kau rasa kau x mampu untuk bercinta mcm mana yg kau nk..xpayah dh la bercinta...abaikan je cinta tu...biar cinta tu pergi cari cinta yg ditakdirkan utk dia...kau nk pening² buat apa..? Cuba lah rasional sket..klu betul sayang kau xkn seksa diri kau ngan dia...

*cari yg halal dan tak meragukan...sungguh pun dpt yg tak sempurna...sempurnakan dia untuk bekalan esok nanti.

Isnin, 16 Mac 2015

Aku tak kenal kau...

Ramai rupanya org biadap dlm dunia ni..dikecikkn radius..malaysia..mungkin la..sebab boleh berbahasa melayu pasar... hakim nombor satu untuk hakimkan org lain yang dia sendiri x kenal pun..hahaha..seriyes aku kesian dengan kau yang berperangai mcm ni.. klu kau perempuan dan lebih lg la aku kesian klu kau seorang melayu sebab klu perkataan dan ayat maki x lekang dr mulut dan hati kau terhadap org lain... kau mudah hina org yg tak kau kenal..berdasarkan penghakiman kau yg x seberapa tu...mungkin kau dh yakin pasti kt mana tpt kau kt 'sana' nnt.... nnt aku cuba ikhlaskan doa yg baik² utk org mcm kau ni ye...
Jd hamba ALLAH S.W.T ni mencari zuhud bukan mudah.. mungkin kita nampak dia melakukan perkara mungkar kita rasa dia xlayak untuk berdamping dan bercakap dengan kita..sedangkan kita x sedar taubat dan pengampunan itu milik ALLAH S.W.T.  ditakdirkan taubat dia diterima dan diampunkan dosa² dia seumpama kain putih..mampu ke kita menandingi pemberian ALLAH S.W.T tu kepada dia..? Menjadi sesempurna manusia pun kita belom tentu mampu jangan la menilai dan mengeluarkan kata² buruk pada mereka ni..sekiranya marah pun dengan perbuatan org yg kita rasa mungkar, cubalah bersabar sebab itukan lebih baik..dan sentiasalah bersangka baik kepada sesama manusia.. sebab merasa sempurna ni boleh mengundang ujub dan riak.. mudah²an kita semua yang sentiasa mencari keredhaan ALLAH S.W.T ni akan dilindungi dari hasutan dan godaan syaitan juga sentiasa mengingati Kebesaran dan Keagungan ALLAH S.W.T.

*dalam ketidak sempurnaan akan datang pengajaran yang tidak ternilai untuk bekalan sepanjang hidup.. tp setiap peringatan pada qada' qadar ALLAH S.W.T. tu kena la adakan... jangan terus cakap x berhenti pasal pengalaman hidup tp x ambil iktibar pun apa yg ALLAH S.W.T. turunkn pada hambanya... wallahualam
*jmpa seseorang yg baru...baik orgnya..mudah2an pintu hati kami sama² terbuka untuk berubah yg lebih baik...AMIN

Khamis, 12 Mac 2015

Susah ke..?

Ye.. aku marah! Kau buat tak fahamkn.. aku cukup x suka klu kau tiba² nk tanya itu ini pada aku out of sudden without answering any of my question..questioning of your  question..Hah! Peningkn..aku simple kan..

Sipolan:  kt mana..?
Aku      : kt luar...kenapa..?
Sipolan:  buat apa..?
Aku      : cari barang sket utk kenduri..kenapa..??
Sipolan:  owh dengan sapa..?
Aku      : dengan mak...kenapa..???
Sipolan: owhh..ok la..bye..!
Aku      : kenapa.. ????

Nampak tak tahiknya org seperti ini disitu..? What de fak kau ni hoi manusia..! Aku bukan sapa2 dengan kau nk spot check bagai...worse aku bukan barua+balaci kau la pundek..! Ha kan dh kuar ayat maki!.. aku stress menghadapi org mcm ni..sungguhpun dia pernah jd kawan baik aku..aku bosan dgn peel org mcm ni...bila aku wat dang x jawab soklan kau..reti plak bingit...kau expect org nk buat as kau please tp kau bodoh utk please org..keep that in mind somebody!

*bosan please org mcm ni!

Ahad, 8 Mac 2015

Insaf dalam duka

Semalam....
dikejutkan dengan pemergian salah seorang rakan seperjuangan sukan bola sepak liga kecil tempatan. Kematian adalah tragedi Liga tahun 2015 apabila pemain keluar padang setelah dikenakan kad merah dan terus rebah menemui ajal sejurus duduk di luar padang. Kejadian tak diduga sgt mendukacitakan apabila bantuan lewat diberikan samada secara individu dan panggilan kecemasan. Persediaan kecemasan yang lebih terancang tidak disediakan oleh pihak  penganjur adalah sangat mengecewakan. Dengan keadaan cuaca yg tidak menentu ni sama² lah kita jaga kesihatan kita walaupun penemuan ajal adalah pasti dan punca kematian hanyalah asbab (ALLAHUAKBAR) tetapi sekurang²nya hindarkanlah penyesalan diri yg terbit seolah² kematian makhluk lain adalah kerana kelalaian kita.

Hari ini...
Genap setahun tragedi negara penerbangan MH 370 yang hilang dan kesemua penumpang dan anak kapal diklasifikasikan sebagai terkorban dengan nahas berikutan kegagalan mengesan pesawat sampai ke hari ni..

*Innalillahi wainna illaihirojiun... Al-Fatihah
* Dalam gembira mengingati mati adalah yg terbaik bagi yg masih hidup.. lagi² tok yg makin tua ni.. mode insaf (~_~メ)
*ni ke penyudah pada petanda kerdip² kelip² tu...? (⊙o⊙)?

Khamis, 5 Mac 2015

Selamat Hari Khamis!

Dari semalam alis mata kanan belah atas ni asyik kerdip² gerak².... belek² pakcik google..ada petanda rupanya...ok kita tunggu keputusan nnt..mudah²an yg baik² dtg dr Sang Pencipta..ALLAHUAKBAR!

Rabu, 4 Mac 2015

SPM...

Assalammualaikum..

Harini kita bercakap pasal pelajaran dan sikap... betapa pentingnya ilmu pelajaran ni untuk membentuk sikap manusia kt muka bumi ni... dgn ilmu juga kita akan dapat penilaian pada sesuatu perkara..antaranya..org ini berilmu atau pun tidak..dengan cara mana..? Antaranya adalah :

1. Cara dia bercakap.. memulakan percakapan dengan orang lain
2. Isi percakapan/perkara yg diucapkan
3. Penyampaian percakapan..sapaan..panggilan terhadap org yg dia bualkan dengan..
4. Dan sebagainya..sebab komunikasi ada verbal dan non-verbal..

Sekiranya terdapat bait² negatif timbul dr percakapan individu tersebut dlm penyataan perkara di atas..makanya dia adalah layak untuk tidak diambil kira isi percakapannya..dh boleh ditolak ke tong sampah secara tidak langsung..dan melalui konversasi² mereka ini selalunya akan timbul rasa malu pada diri sendiri terhadap orang lain untuk diakui bahawa “ ya, dia kawan saya...!” maka disitu dh boleh lupakan untuk dibawak ke majlis keramaian yang melibatkan org lain sebab mereka ni akan menyebabkan kita sembunyikan tengkuk untuk ditatap oleh orang lain..dan org begini cara pemakanan juga amat memalukan..macam xpernah jmpa makanan ye wahai orang ramai...orang² begini selalunya tak akan memberikan muka kepada kita erti kata lain..x reti jaga muka air kawan² makanya jika diteruskan hadap la kita dgn kemaluan yang berkali²... klu nk cakap lagi pasal jenis mereka ini boleh byk dosa..makanya kita doakan je la yang baik² mudah²an berubah mereka kepada perkara yang asas untuk menjalankan kehidupan di muka bumi ALLAH S.W.T ini..

Akan tetapi..seandainya bagi orang² yang memberi impak sebaliknya kepada kita.. menjadikan kita gemar untuk berdiskusi..bercakap...berdamping atau lepak dengan dia..dengan tarikan yang baik dan positif..dia adalah org yg kita boleh kenalkan kepada orang lain..dan tanpa segan mengaku dia adalah seorang kawan yg baik dan best juga tidak merugikan...orang² begini mudah²an akan membawa perubahan yg baik kepada diri kita dengan ilmu² mereka..makanya patut kita serap segala kata nasihat dan isi perbualan yang berguna untuk digunapakai menjalani kehidupan ini...

Ini semua adalah dari ilmu dan pelajaran yang kita kutip secara langsung atau tidak langsung dalam rutin hari² kita..ia bukan lah sekeping kertas dengan keputusan yang cemerlang di dalam matapelajaran sekolah, universiti atau kolej... ia adalah pembentukan akhlak yang didapati dari ilmu² dan pengalaman hidup yang kita lalui..maka buat la pilihan yang tepat bila tiap kali berkata² sebab ia mencerminkan siapa kita di mata orang ramai....

* terjebak dengan da**h pun kena berilmu yang betul² berilmu..bukan setakat bebual positif pasal dadah tp kau bercakap hembus ikut mulut kau je..kau claim orang bijak pandai / genius pun guna dadah utk boost otak dorg..tp otak kau bijak x mcm otak dorg yang kau dok balun hari² sampai naik biol aku tgk..! Apa yang kau genius sgt nk mencipta aku pun xtau sampai kau samakan darjat kau melalok sama tahap mcm orang bijak pandai tu..!