Semalam....
dikejutkan dengan pemergian salah seorang rakan seperjuangan sukan bola sepak liga kecil tempatan. Kematian adalah tragedi Liga tahun 2015 apabila pemain keluar padang setelah dikenakan kad merah dan terus rebah menemui ajal sejurus duduk di luar padang. Kejadian tak diduga sgt mendukacitakan apabila bantuan lewat diberikan samada secara individu dan panggilan kecemasan. Persediaan kecemasan yang lebih terancang tidak disediakan oleh pihak penganjur adalah sangat mengecewakan. Dengan keadaan cuaca yg tidak menentu ni sama² lah kita jaga kesihatan kita walaupun penemuan ajal adalah pasti dan punca kematian hanyalah asbab (ALLAHUAKBAR) tetapi sekurang²nya hindarkanlah penyesalan diri yg terbit seolah² kematian makhluk lain adalah kerana kelalaian kita.
Hari ini...
Genap setahun tragedi negara penerbangan MH 370 yang hilang dan kesemua penumpang dan anak kapal diklasifikasikan sebagai terkorban dengan nahas berikutan kegagalan mengesan pesawat sampai ke hari ni..
*Innalillahi wainna illaihirojiun... Al-Fatihah
* Dalam gembira mengingati mati adalah yg terbaik bagi yg masih hidup.. lagi² tok yg makin tua ni.. mode insaf (~_~メ)
*ni ke penyudah pada petanda kerdip² kelip² tu...? (⊙o⊙)?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan