Aku adalah seorang penganggur yang terhebat yang bertopengkan gelaran freelancer bila org bertanya soal pekerjaan. Kadang2 aku soal jawab sendiri pasal masa depan aku..xtau aku nk klasifikasi redha ke..pasrah ke dgn punca rezeki aku ni.. mungkin sebab aku byk menyerah diri pada org yg pandai menggunakan kebolehan dayakerja aku... aku cuba untuk ikhlas tapi lama² aku makin berkurung xmo kuar..lari dari punca rezeki/peluang hidup...sebabnya aku pun xpasti.. yg pasti aku dh mcm ada rasa xnk berkhidmat lg...aku dh mula rasa untuk mencari peluang lain... inner side aku (cewah sepeking) ni byk menguasai diri kebelakangan ni.. mungkin sebab hati dh penat.. penat melayan kerenah org² yg kdg cuma nk aku je faham dia..cuma dgn sebab aku ni org yg memahami... aku org yg mudah bertolak ansur.. erkk kononya la.. aku pernah cuba untuk berada dlm situasi yg berbeza dr rutin biasa..tp bila aku dh mula rasa normal mesti ada magnet yg tarik balik aku ke situasi asal...lagi sekali aku rasa trapped ! Kira x berjaya la tu kan aku kuar dr rutinnya... yang pasti bila seorang aku mula menjadi selfish, aku adalah org yg paling buruk akhlaknya secara tidak langsung kepada org lain dan diri aku sendiri...maka bila aku begitu aku suka menetapkn tempoh berkurung yg x menjanjikn apa² selain ruang + masa untuk diri sendiri..! Dan aku akan suka biarkn org bertanya dgn tindak-tanduk aku sebab aku nk dorg ada rasa curiousity dan juga aware dgn penguasaan terhadap diri aku sendiri berbanding dorg yg mula rasa aku dikuasai oleh mereka..!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan